Aku menulis ikot sedap hati aku..

This blog is randomly written based on what i experience in my life..basically i just write anything that i want.. ^0^

November..Remember..

November 

Setahun dah berlalu..
Setahun dah bergelar isteri..dan ibu..

How time flies..

Remembering those bitter sweet moments that makes me who i am now and what i became..Sometime in life, we gotta learn the hard way and syukurlah..i overcame all the obstacles and hopefully became more stronger than ever.. Amin

From S to M to L to M to S to XS..yes!

Hah..

Ini dia..Lps bersalin ni selera makan membuak2 tak hingat..
Badan jangan cite la naik macam muffin dh ni..
Bile senyum pipi naik mcm pau..huyeahhh
Seronok ke?

Orang kata gemok sebab bahagia?
Heh jangan tipulah..
Orang tak bahagia pon gemok ape..
Biarlah..tu orang lain.

Yg aku tau,aku nk bentuk badan aku dlu sblm kawin.saiz S
Skang saiz M nk ke L watthefishkek!
Try suar mase sblm preggy dlu sume tak muat..
Kalau sehelai dua tade hal la akak..
Dh abis tonggeng tonggek dh aku cuba nk muatkn diri dlm suar2 tu sume tapi tk berjaya..Sedeeeh!

Maka langkah awal yg aku cuba adalah.......................................




Org kata teh herba ni bagus n tade la costly sgt..so why not?

Lepas minum beberapa jam lps tu perut mcm kene gerudi..hahahahah..Nasib baik aku ni surirumah berbayar so tade hal la nk lari2 manja g toilet..tade sape nk berebut..hehe..Kalau yg dok keje kt opis tu jgnla nk minum..kang dia gerudi time meeting ke kan payah..heheheeheh

Takpe kite tgk cmne dlm sebulan ni..Fuuuhhhhhhhh


Happy 2 months old...

Setelah 2 bulan berlalu..

Luka tu masih terasa..
Parut tu semakin kelihatan..

Teruskan hidup..
Relakan dan bersyukur..

Hidup ni singkat
Singkat namun indah kalau kita dekat dgnNya

Dah 2 bulan anak mommy..rindu..tp mommy tau Rayyan kt sana mesti baik2 je kan..
Sbb Rayyan ada kt tpt yg paling indah,sayang..
Nanti kita jumpa..
mommy n daddy doakan Rayyan sentiasa..

Happy 2 months old Muhammad Aisy Rayyan bin Khairul Hijrad


JIWA KASIH RUNTUN



"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.


Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untukmembaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah tuhan semesta alam"


Ya Allah, janganlah kau uji aku dgn nyawa..sesunggunya hambamu ini tak kuat untuk menghadapinya..

Ya Allah yang maha mengasihani, izinkan aku merasai nikmat pemberianmu ini..

Amin Ya Rabbal Alamin =(

Ini doa yang ku panjatkan setiap hari untuk anakku..Namun Allh lebih sayangkn dia..
Rayyan, tunggu mommy,daddy dan adik2 Rayyan nati ya.Pimpin kami bersama2 ke syurga..insyaallah..amin

Al-Fatehah
Muhammad Aisy Rayyan 5 August 2012 - 17 Ramadhan 1433

Tiada duka yang abadi

Macamana harus aku mula..
Belum pon bermula,air mata dh laju mengalir tak berhenti..
Ya Tuhan,rapuh dan lemahnya hati hambamu ini..
Mengingatnya pun dah cukup buat hati aku terasa pilu dan sayu..
Sesungguhnya aku redha Ya Allah,aku redha dgn ketentuanmu..

Hampir dua minggu bergelar ibu..bezanya aku tak dpt melihat dia membesar dpn mataku..bahkan dia pasti dijanjikan syurga dan akan menungguku di sana kelak..Insyaallah

Semasa dia dlm kandungan lagi,aku tak pernah putus berdoa untuknya..Setiap kali teringat,pasti air mata mengalir laju..Dia membuatku lebih dekat dgn Maha Pencipta..Seingat aku,ketika aku diberitahu aku perlu menjalani pembedahan utk buang cyst dlm rahimku,aku masih kuat..aku tak menangis..Tapi bila dia yang aku kandung 9 bulan,yang setiap hari ku rasa sentuhan dan gerakkan kaki tangannya dlm rahimku..yang bakal ku lahirkan ini..hanya akan sempat melihat dunia barangkali sehari dua, buat aku benar-benar sayu..Setiap malam dlm solatku,setiap malam dlm tidurku..setiap kali itu,aku mohon untuk melihat dia membesar sihat dan sempurna didepan mataku, merasai nikmat menjadi seorang ibu, memberikan kasih sayang sepenuhnya..saling melengkapi..namun Allah lebih menyayanginya..

Aku dan suami pernah sama-sama menangis bila ku tanya sempatkah rasanya dia pakai baju-baju yang kami beli untuk dia nanti..Kami menangis sehingga masing-masing tertidur dlm doa dan pengharapan yang maha tinggi..

Maha Suci Allah,aku redha..Allah temukan aku dgn dia dlm tempoh satu jam yang sangat indah..Biarpun sekejap tapi penuh rasa kasih sayang..Dengan keadaannya yang sangat kerdil diselaputi tiub dan wayar-wayar halus ditebuk keluar masuk tubuhnya membuatkan hatiku runtun..Aku tak sanggup melihat dia begitu tersiksa..perlahan-lahan ku berdoa agar Allah permudahkan apa yang terbaik untuknya..Biarpun jika kami terpaksa berpisah sementara dibumi..aku redha..temukanlah kami di syurgaMu Ya Allah..

Namun bukan mudah,aku ibu yang mengandungkannya dan aku cuba untuk jadi kuat tapi hati mana yang tak rindu..Hampir setiap malam menangis,hampir setiap hari teringat..Lebih-lebih lagi bila ku seakan terasa dgn sentuhan bilamana dia bergerak bebas dlm rahimku..Subhanallah..Akulah manusia paling bahagia pada masa itu..

Demi Allah,dia adalah suatu keajaiban yang Allah berikan padaku..keajaiban yang paling indah..Muhammad Aisy Rayyan..

Ya Allah Ya Tuhanku..pemilik nyawa dan jiwaku..
Tuhan yang pengasih lagi penyayang..Sesungguhnya aku redha dgn ketentuanmu..Aku berserah kepadamu..
Ampunilah dosaku dan dosa suamiku..
Berkatilah kehidupan kami..
Kurniakanlah kami zuriat yg sihat dan sempurna..seindah dan secantik dia..
Agar dapat ku lunaskan rindu ini..
Sesunggunya kau lebih mengetahui..
Kerna hikmahmu amat luas..
Perkenankanlah Ya Allah..
Kepadaku ku memohon..Kepadamu ku meminta..
Amin Ya Rabbal Alamin..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...